Tuesday 22 November 2011

pengabdian kembali.

dari hidup tak tentu hala sebulan lebih. jalan sana. jalan sini. perabis duit mak bapak. jadi BIG BOSS dekat rumah. asal nak keluar mintak duit. tapi, kerja rumah sikit pun tak nak buat.

kini, kembali ke penjaraaaaaaaaaaa arau. korang kenal tak tempat nie? gila sape tau tahu. cukup famous. nama glamour. ARAUSTRALIA. nak cakap malas. tapi, tak cakap nnt tak tahu.

kalau cakap pasal arau nie, mesti igt padang besar. rasa nye tempat tu cukup terkenal. lagi2 mak2 kita nie. asal pergi, toto, periuk, kuali mesti nak angkut bawak KL. macam KL takde barang tu semua. konon bagus la. aku pun tak faham la.

tempat nie nak membangun bila pun tak tahu la. ape pun takde. even MCD pun takde. sedih gila. terpaksa la merantau jauh sikit nak makan MCD. wayang? jangan cakap la.alor star baru ade. tu pun train pukul 10. balik pukul 5. so, kena la menghargai masa anda secepat mungkin. kalau terlepas selamat la nak bas. haha. rasa nye dekat sini paling best la, c-mart arau je la. tak pun kangar. ( the Store ).

okay stop cakap pasal arau!

dengan ini, saya kembali menjadi siswi lagi. penat gila minggu nie. nak meng-update tak ter-update. busy je memanjang. buat ape tak tahu. banyak yang nak cerita, tapi, tak tahu nak start mana dulu.


1 ) KOLEJ
   
kolej gila sunyi, scary sangat. dah la balik sorang2. actually dengan gay - gay saya. tp, dieorang daftar kolej dieorang. sampai2 kemas sikit2. then, tidur. maklum la perjalanan sungai buloh - arau cukup lama. cukup memenatkan. walaupun dalam train tidur dah. then, magrib aku ternampak ade sorang perempuan nie. macam biasa senyum je la. aku nie pemalu nak tegur2. haha. *tipu
tibe2 ade org ketuk pintu. then, bukak je la. cuba teka sape datang? .......................that girl laaaaaaa. die tanya dah masuk waktu magrib ke belum. then, nnt kalau takut boleh tak tumpang sini. (my room). 
errrrmmmmmm. okayyyy. takut. malam tidur situ. pukul brape tak tahu die balik. tak sedar. jangan cakap ape2. die comfirm orang. 


# ohhh. nama die SARA.

2 ) GELANGGANG OH GELANGGANG
     
tempat perjumpaan KO ialah gelanggang bola jaring.
penat aku tanya siapa masuk netball. so, takde la takut sangat. tapi, hampehh! sorang budak AC takde pun. menyedihkan. then terpaksa la ikhtiar cari sendiri tempat KO tu dekat mana. tanya senior, tanye orang nie. semua tak bg jawapan. tanya group dekat FB ( facebook kalau tak tahu or muka buku dalam bahasa melayu ), like je. terbaik la. memang aku dapat tahu jawapan dengan like sahaja. terima kasih.
yang lagi menyedihkan seminggu aku cari mana gelanggang nie. kalau satu je takpe. nie dahlia pun ade. dekat padang kawad pun ade. ==
sabar je la. still tak give up lagi, then aku terus pergi pejabat KO tanye mana satu gelanggang untuk meeting netball. jawapan dieeeeeeeeeeeeeee.. GELANGGANG BOLA JARING BERINGIN. settle masalah

# kan lagi senang terus tulis awal2. takde la aku tertanye2.


rindu nak main bole jaring. fyi, dulu mmg perempuan je main. sekarang lelaki pun ade main kut. so, jangan tak percaya la.   




3 ) PREMA'S FAMILY
     
class start. huru - hara sikit awal2 nie. class belajar pun tak tentu.nak cari class dekat mana. nak tahu siapa lecturer. buku -buku nak beli. open day lagi. meeting tu, meeting nie. kalah PM. busy je.  tapi, lagi huru - hara jiwa raga kalau jumpa PREMA - PREMA aku nie. maklum la, lama tak jumpa. cuti sebulan lebih. *actually boleh je nak jumpa time cuti tu. rindu sangat la korang..

# kenape PREMA? takde kena - mengena dgn hidup dan mati. so, renung2 kan la. fikir ape bende tu.

ini la PREMA - PREMA saya. ( PREMA NADYA, PREMA IZZATI, PREMA SYERA )
sayang korang girlfriendss.




4 ) MINI MERAH MINI BIRU
   
actually takde ape pun. tapi, aku sangat suka kereta nie. comel. lagi comel bila aku yang bawak. haha
aku dah jatuh cinta dengan kereta niee. kalau tuan die pun okay jugak. haha. *alia cukup jangan gatal.
lately, kereta tu takde. sopsopsop :( nangis jap.
maybe memang tu kereta senior. so, dah habis belajar la kut.
sooooooooooo, takde lagi la mystery man aku.

# aku pernah nampak die. handsome. ala - ala korean style la. haha. and, pernah terkantoi usha kereta die. malu kejap.


nie bukan kereta mystery man. sekadar hiasan.

kalau macam nie la mystery man, tak cair hati aku.


5 ) SILAM 
   
silam la sangat. haha. igt tak tragedi before nak balik cuti? gila memalukan. 
asal jalan depan kolej cengal mesti gelak2 dengan farah. sangat tak boleh lupa tragedi tu. malu pun ade jugak. macam mane la boleh terfikir nak buat benda tu. dah la ramai orang. cerita nie dah la heboh. memalukan alia..

# thanks sebab tolong myvi hitam. tak lupa jasa baik anda.




sayamahupulangrumahsekarang. pleasehelpmeeeee! sayataknakduduksini.





haaaa. lupa nak bagitahu. memandangkan ini minggu pertama plus cuti awal muharam, kita orang keluar tengok wayang. and, tibe2 terasa rindu nak makan MCD dekat ALOR STAR. 

pagi - pagi lagi, abang luqman dah kejut kan. pergi2 cinema, terkejut gila. ade dua hall sahaja. ermm. okay takpe la. then, lagi sekali. terkejut. nasib baik takde sakit jantung. kalau tak, ICU la alamatnye. movie hari nie : AKU BUKAN TOMBOY dgn MISTERI JALAN LAMA.
sedih. susah gila nak decide nak tgk ape. kalau ikut tak nak tgk la, sebab movie macam tak best. tapi, sebab dieorang nak tengok. so, join je la. dieorg decide tgk cerita MISTERI JALAN LAMA.

bukan nak complain and bukan tujuan nak banding kan tempat lain dengan cinema alor star. tapi, seriously cukup menyedihkan. seat tak best. then, boleh pulak time tgh tgk dah sampai klimaks, mati. lama nak tunggu. tak sangka wayang pun ade break. haha. plus pulak cerita tu. epic gila. ade kapal bagai yang jemput. macam spongebob dah aku tgk kapal tu. haha. tak tahu nak gambarkan macam mane perasaan aku. gembira, suka, kelakar, sedih. semua ade. bercampur. korang tgk la sendiri. baru best. taknak la cerita lebih2. nnt tak syok pulak orang nak tgk.


seronok jugak kalau dapat tgk malam2 nie. takde la bosan sangat.

cerita epic gila. poster lawa dah. try la tengok eh kawan - kawan. 5 stars i bagi. haha.







tak lupa untuk semua muslim, SALAM AWAL MUHARAM. moga - moga tahun ini lebih baik dari tahun berikutnya. 







NAY AWESOME comel :)

















Tuesday 15 November 2011

XPRESI

*Nama dia bukan bizi Dia MATLUTHFI90 <3!

KORANG,aku tipu korang yang aku busy hikkkkk.

TUDIAAAAAAAAAAAAAAAAAA!PAPAN sudah marii.JAPPPP 

Sama gila muka korang dgn mariaaa elenaaaa.so funiii.

ITS "FUNNY" btw.ehhh at least bagi salammmmmmm.bukan mcm kau korangkorangkorangg?
Dah jawab salamm.TAPI kenapa korang mcm pelik sejak akhirakhir ni.erk cara korang mengekspresi kan katakata korang melalui gambargambar retis ni.sapa ajaaa huh sapasapasapa?

WELL ITU CARA KAMI NAK EKSPRESIKAN HIDUP KAMI.kalau hang ekspres kan hidup hang mcm mana?
Bercakap ikut mulut.kan?

 Aku tak tau lah kalau hang ni mmg dilahirkan bengap atau sbgnya tapi takpalahh itu ja yang hang mampu buat hang buat lahhh selagi boleh hidup ikut lahh hang.
TAPI tudia lah kan orang sekarang aku tak tau lahh mereka masih lagi berfikir kolotmolot.

mcm hang.
 
seriusli?

Okay teruskan apa yang hang nak teruskan.
Okay manusia sekarang menganggap yang cara seperti ini tidak membantu DAN YAAAA,manusia itu dorang/korang/kamu/awak /you,merekamereka ini masih berkata benda seperti ini kolot seperti pemikiran dorang opss.KAN?

 
Entah kitaorg tak tau mls nak dgr hang berckp dgn kolot.NEXTTTTTTTT!

Takpelahh selagi merekamereka di atas ini masih membanggakan Malaysia dgn pendapat dorang aku tak kisah dan yaa ada manusia yang baru nak jejak kaki nak ambil langkah bayi nak masuk bendabenda mcm ni seperti *batuk*aku*batuk*.

Amboi igt ada orang nak baca blog dia laa tu.KALAU takde kitaorg dah lamaa terkubur bungkus blog niii.HAHAHAAHAHAHAHA
 
fook you.



Assalamualaikum.

*mata dia kecik sblh heheh jahat ngattt.


Lancang dari mulut FARAH

Wednesday 9 November 2011

sejarah is history. history is sejarah.

perghhh. sumpah cepat gila masa berlalu. nie la orang cakap akhir zaman. masa cepat je berjalan tak tunggu pun kita. sedar tak sedar nak masuk tahun baru dah pun. tapi, aku tetap macam nie. still tak berubah. perangai macam hantu. opssss. tak. aku sekarang dah besar sikit. tak macam dulu, budak hingusan.

masuk sekolah menengah baik gila muka. suci tahap mendewa. tudung labuh lepas bahu takut ustazah marah. maklum la, dulu aku cukup skema dekat sekolah. kalau bawak buku tu dah boleh patah tulang belakang. dah la tebal, lepas tu ikut jadual baik punya. takut kena marah tak bawak buku. hahaha.

hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. aku dah lepas dah zaman sekolah tu semua. dari PMR sampai la SPM. seriously, rindu la nak jadi budak sekolah yang pakai baju kurung putih, kain biru laut tu. SMK SEKSYEN 10, KOTA DAMANSARA. siapa tak kenal? team bola sepak sekolah aku nie hebat. bukan tujuan nak agung2 kan. tapi, betul, kenyataan, realiti. netball pun ape kurang nya. haha. hebat jugak. naib johan last year. *memang la cakap macam tu. aku netball player kut. 

fyi, sekolah aku nie cukup famous utk shooting filem. haha.

kalau ingat zaman sekolah nie, teringat la pulak pasal satu benda nie. actually malas nak cerita. kisah lama. tapi kan. lately, teringat la dekat someone nie. AF ( bukan nama sebenar ). mana tah die sekarang. sihat ke. ape die buat sekarang. rasa lama sangat dah tak contact. kalau orang tu contact, jual marah. konon benci gila. padahal, bila takde cari. berharap sangat dia contact. ni lah manusia. tak hargai langsung apa yang ade depan mata. tapi, perangai die pun macam setan jugak. tak tahu la nak cakap macam mana. tu jugak la yang suka sangat dulu. even, banyak kali sakit kan hati aku. harap die bahagia la dengan dunia. * emo pulak pagi2 nie. haha

tapi, tu semua kisah silam. sejarah lama weh. hidup nie memang ade suka duka, tragis, tangis. takde semua tu tak seronok la. tu bukan nama die kehidupan. perlu aku translate kan? tak perlu la. aku tahu korang semua cukup fasih untuk semua bende yang bernama kehidupan nie. kadang - kadang ade jugak fikir dunia nie tak adil. apa yang selalu diharapkan tak dapat, yang tak harap tu la datang. maybe ade hikmah nie semua. bak kata semua orang la kan.

hidup nie tak seri jugak kalau takde kawan2. nie kalau cakap memang paling panjang la. penat la nak tulis sorang2. maklum la kawan ramai. *konon hotsetap. cukup la korang tahu aku memang ade kawan2 yang cukup AWESOME seperti mana diri aku jugak. haha

nie kawan - kawan saya. korang ade kawan se - AWESOME dieorg?

kehidupan masih panjang alia. perjalanan jauh lagi. tu baru sikit je. yang depan nie, banyak lagi dugaan, cabaran yang menanti. memang susah nak kecapi kejayaan. kalau senang mesti semua dah berjaya.

terima kasih ibu, ayah, cikgu2 yang pernah ajar saya selama nie, kawan - kawan yang selalu ada waktu susah senang. thanks semua. iloveyousomuch. muah. saya tak akan lupa kamu semua.





AWESOME PLUS COMEL, NAY :)




hari tua

actually tak tahu nak tulis ape. tapi, saya sangat gedik untuk meng - update plus kebosanan yang tahap memuja nie. okay. stop it alia.


saya just nak wish HAPPY BIRTHDAY to my kawan sorang nie yang tersangat la gedik and perasan comel, FARAH DIANA. hari nie birthday kakak nie. saya sayang die. die baik. die suka tolong saya.
 ( tipu je tu semua. )

kakak farah, selamat hari tua la beb. semoga berjaya dalam hidup. panjang umur. and, bahagia la disamping abang2 sayang anda. hehe. loveyouuuuuuu <3




AWESOME PLUS COMEL, NAY :)

Monday 7 November 2011

apa itu korban?

rasanya belum lambat lagi nak ucapkan selamat hari raya korban to all muslims.
tapi, ape makna korban bg anak muda zaman sekarang?
*merujuk kepada sesiapa je la. malas nak cakap.

kalau nak bandingkan raya aidilfitri dgn raya korban, hari raya lagi meriah la.
kenapa jadi macam nie?
kalau nak raya aidilfitri, ramadhan baru start, semua pakat nak shopping sana -sini.
kalau yg dah kahwin tu mahu haru - pikuk. berebut nak balik kampung masing2. 
*so, kalau nak kahwin tu cari yang sama kampung. kalau boleh jiran sebelah. okay jugak tu.

kalau yang perempuan nie, tak cukup satu pasang. 
nak ikut berapa hari raya, 30 pasang la kalau boleh.. satu hari lain.
pening.pusing kepala begini.
kesian mak bapak. boleh jatuh miskin..
tapi, kalau raya korban, takde pulak macam tu. dgn lain kata, tak se- excited raya aidilfitri la..
aku pun tak faham la.

*menanti detik

*sekadar hiasan.


For me,macam biasa. every year kalau raya haji. pagi2 buta kena bangun.breakfast. menu biasa kalau raya, lemang, nasi impit, rendang etc.tak sah kalau tak ade. then, sembahyang. lepas tu, tunggu lembu2 nak sembelih. tu je. 


okay. itu bukan saya. sekian terima kasih.



adik - adik. please masuk rumah! nie bukan masa untuk main hujan.
 

p/s: jgn tgk gambar nie. bawah umur. too sexy. opsss.

shafiq, is, haziq, annisa, amier : ibu nak mandi hujan.
ibu2 : tak boleh.
shafiq, is, haziq, annisa, amier : *dah mandi dah pun.
ibu2 : ermmmm. mandi je la..

sabar je la ibu2.






awesome plus comel, NAY :)