Tuesday 22 November 2011

pengabdian kembali.

dari hidup tak tentu hala sebulan lebih. jalan sana. jalan sini. perabis duit mak bapak. jadi BIG BOSS dekat rumah. asal nak keluar mintak duit. tapi, kerja rumah sikit pun tak nak buat.

kini, kembali ke penjaraaaaaaaaaaa arau. korang kenal tak tempat nie? gila sape tau tahu. cukup famous. nama glamour. ARAUSTRALIA. nak cakap malas. tapi, tak cakap nnt tak tahu.

kalau cakap pasal arau nie, mesti igt padang besar. rasa nye tempat tu cukup terkenal. lagi2 mak2 kita nie. asal pergi, toto, periuk, kuali mesti nak angkut bawak KL. macam KL takde barang tu semua. konon bagus la. aku pun tak faham la.

tempat nie nak membangun bila pun tak tahu la. ape pun takde. even MCD pun takde. sedih gila. terpaksa la merantau jauh sikit nak makan MCD. wayang? jangan cakap la.alor star baru ade. tu pun train pukul 10. balik pukul 5. so, kena la menghargai masa anda secepat mungkin. kalau terlepas selamat la nak bas. haha. rasa nye dekat sini paling best la, c-mart arau je la. tak pun kangar. ( the Store ).

okay stop cakap pasal arau!

dengan ini, saya kembali menjadi siswi lagi. penat gila minggu nie. nak meng-update tak ter-update. busy je memanjang. buat ape tak tahu. banyak yang nak cerita, tapi, tak tahu nak start mana dulu.


1 ) KOLEJ
   
kolej gila sunyi, scary sangat. dah la balik sorang2. actually dengan gay - gay saya. tp, dieorang daftar kolej dieorang. sampai2 kemas sikit2. then, tidur. maklum la perjalanan sungai buloh - arau cukup lama. cukup memenatkan. walaupun dalam train tidur dah. then, magrib aku ternampak ade sorang perempuan nie. macam biasa senyum je la. aku nie pemalu nak tegur2. haha. *tipu
tibe2 ade org ketuk pintu. then, bukak je la. cuba teka sape datang? .......................that girl laaaaaaa. die tanya dah masuk waktu magrib ke belum. then, nnt kalau takut boleh tak tumpang sini. (my room). 
errrrmmmmmm. okayyyy. takut. malam tidur situ. pukul brape tak tahu die balik. tak sedar. jangan cakap ape2. die comfirm orang. 


# ohhh. nama die SARA.

2 ) GELANGGANG OH GELANGGANG
     
tempat perjumpaan KO ialah gelanggang bola jaring.
penat aku tanya siapa masuk netball. so, takde la takut sangat. tapi, hampehh! sorang budak AC takde pun. menyedihkan. then terpaksa la ikhtiar cari sendiri tempat KO tu dekat mana. tanya senior, tanye orang nie. semua tak bg jawapan. tanya group dekat FB ( facebook kalau tak tahu or muka buku dalam bahasa melayu ), like je. terbaik la. memang aku dapat tahu jawapan dengan like sahaja. terima kasih.
yang lagi menyedihkan seminggu aku cari mana gelanggang nie. kalau satu je takpe. nie dahlia pun ade. dekat padang kawad pun ade. ==
sabar je la. still tak give up lagi, then aku terus pergi pejabat KO tanye mana satu gelanggang untuk meeting netball. jawapan dieeeeeeeeeeeeeee.. GELANGGANG BOLA JARING BERINGIN. settle masalah

# kan lagi senang terus tulis awal2. takde la aku tertanye2.


rindu nak main bole jaring. fyi, dulu mmg perempuan je main. sekarang lelaki pun ade main kut. so, jangan tak percaya la.   




3 ) PREMA'S FAMILY
     
class start. huru - hara sikit awal2 nie. class belajar pun tak tentu.nak cari class dekat mana. nak tahu siapa lecturer. buku -buku nak beli. open day lagi. meeting tu, meeting nie. kalah PM. busy je.  tapi, lagi huru - hara jiwa raga kalau jumpa PREMA - PREMA aku nie. maklum la, lama tak jumpa. cuti sebulan lebih. *actually boleh je nak jumpa time cuti tu. rindu sangat la korang..

# kenape PREMA? takde kena - mengena dgn hidup dan mati. so, renung2 kan la. fikir ape bende tu.

ini la PREMA - PREMA saya. ( PREMA NADYA, PREMA IZZATI, PREMA SYERA )
sayang korang girlfriendss.




4 ) MINI MERAH MINI BIRU
   
actually takde ape pun. tapi, aku sangat suka kereta nie. comel. lagi comel bila aku yang bawak. haha
aku dah jatuh cinta dengan kereta niee. kalau tuan die pun okay jugak. haha. *alia cukup jangan gatal.
lately, kereta tu takde. sopsopsop :( nangis jap.
maybe memang tu kereta senior. so, dah habis belajar la kut.
sooooooooooo, takde lagi la mystery man aku.

# aku pernah nampak die. handsome. ala - ala korean style la. haha. and, pernah terkantoi usha kereta die. malu kejap.


nie bukan kereta mystery man. sekadar hiasan.

kalau macam nie la mystery man, tak cair hati aku.


5 ) SILAM 
   
silam la sangat. haha. igt tak tragedi before nak balik cuti? gila memalukan. 
asal jalan depan kolej cengal mesti gelak2 dengan farah. sangat tak boleh lupa tragedi tu. malu pun ade jugak. macam mane la boleh terfikir nak buat benda tu. dah la ramai orang. cerita nie dah la heboh. memalukan alia..

# thanks sebab tolong myvi hitam. tak lupa jasa baik anda.




sayamahupulangrumahsekarang. pleasehelpmeeeee! sayataknakduduksini.





haaaa. lupa nak bagitahu. memandangkan ini minggu pertama plus cuti awal muharam, kita orang keluar tengok wayang. and, tibe2 terasa rindu nak makan MCD dekat ALOR STAR. 

pagi - pagi lagi, abang luqman dah kejut kan. pergi2 cinema, terkejut gila. ade dua hall sahaja. ermm. okay takpe la. then, lagi sekali. terkejut. nasib baik takde sakit jantung. kalau tak, ICU la alamatnye. movie hari nie : AKU BUKAN TOMBOY dgn MISTERI JALAN LAMA.
sedih. susah gila nak decide nak tgk ape. kalau ikut tak nak tgk la, sebab movie macam tak best. tapi, sebab dieorang nak tengok. so, join je la. dieorg decide tgk cerita MISTERI JALAN LAMA.

bukan nak complain and bukan tujuan nak banding kan tempat lain dengan cinema alor star. tapi, seriously cukup menyedihkan. seat tak best. then, boleh pulak time tgh tgk dah sampai klimaks, mati. lama nak tunggu. tak sangka wayang pun ade break. haha. plus pulak cerita tu. epic gila. ade kapal bagai yang jemput. macam spongebob dah aku tgk kapal tu. haha. tak tahu nak gambarkan macam mane perasaan aku. gembira, suka, kelakar, sedih. semua ade. bercampur. korang tgk la sendiri. baru best. taknak la cerita lebih2. nnt tak syok pulak orang nak tgk.


seronok jugak kalau dapat tgk malam2 nie. takde la bosan sangat.

cerita epic gila. poster lawa dah. try la tengok eh kawan - kawan. 5 stars i bagi. haha.







tak lupa untuk semua muslim, SALAM AWAL MUHARAM. moga - moga tahun ini lebih baik dari tahun berikutnya. 







NAY AWESOME comel :)

















Tuesday 15 November 2011

XPRESI

*Nama dia bukan bizi Dia MATLUTHFI90 <3!

KORANG,aku tipu korang yang aku busy hikkkkk.

TUDIAAAAAAAAAAAAAAAAAA!PAPAN sudah marii.JAPPPP 

Sama gila muka korang dgn mariaaa elenaaaa.so funiii.

ITS "FUNNY" btw.ehhh at least bagi salammmmmmm.bukan mcm kau korangkorangkorangg?
Dah jawab salamm.TAPI kenapa korang mcm pelik sejak akhirakhir ni.erk cara korang mengekspresi kan katakata korang melalui gambargambar retis ni.sapa ajaaa huh sapasapasapa?

WELL ITU CARA KAMI NAK EKSPRESIKAN HIDUP KAMI.kalau hang ekspres kan hidup hang mcm mana?
Bercakap ikut mulut.kan?

 Aku tak tau lah kalau hang ni mmg dilahirkan bengap atau sbgnya tapi takpalahh itu ja yang hang mampu buat hang buat lahhh selagi boleh hidup ikut lahh hang.
TAPI tudia lah kan orang sekarang aku tak tau lahh mereka masih lagi berfikir kolotmolot.

mcm hang.
 
seriusli?

Okay teruskan apa yang hang nak teruskan.
Okay manusia sekarang menganggap yang cara seperti ini tidak membantu DAN YAAAA,manusia itu dorang/korang/kamu/awak /you,merekamereka ini masih berkata benda seperti ini kolot seperti pemikiran dorang opss.KAN?

 
Entah kitaorg tak tau mls nak dgr hang berckp dgn kolot.NEXTTTTTTTT!

Takpelahh selagi merekamereka di atas ini masih membanggakan Malaysia dgn pendapat dorang aku tak kisah dan yaa ada manusia yang baru nak jejak kaki nak ambil langkah bayi nak masuk bendabenda mcm ni seperti *batuk*aku*batuk*.

Amboi igt ada orang nak baca blog dia laa tu.KALAU takde kitaorg dah lamaa terkubur bungkus blog niii.HAHAHAAHAHAHAHA
 
fook you.



Assalamualaikum.

*mata dia kecik sblh heheh jahat ngattt.


Lancang dari mulut FARAH

Wednesday 9 November 2011

sejarah is history. history is sejarah.

perghhh. sumpah cepat gila masa berlalu. nie la orang cakap akhir zaman. masa cepat je berjalan tak tunggu pun kita. sedar tak sedar nak masuk tahun baru dah pun. tapi, aku tetap macam nie. still tak berubah. perangai macam hantu. opssss. tak. aku sekarang dah besar sikit. tak macam dulu, budak hingusan.

masuk sekolah menengah baik gila muka. suci tahap mendewa. tudung labuh lepas bahu takut ustazah marah. maklum la, dulu aku cukup skema dekat sekolah. kalau bawak buku tu dah boleh patah tulang belakang. dah la tebal, lepas tu ikut jadual baik punya. takut kena marah tak bawak buku. hahaha.

hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. aku dah lepas dah zaman sekolah tu semua. dari PMR sampai la SPM. seriously, rindu la nak jadi budak sekolah yang pakai baju kurung putih, kain biru laut tu. SMK SEKSYEN 10, KOTA DAMANSARA. siapa tak kenal? team bola sepak sekolah aku nie hebat. bukan tujuan nak agung2 kan. tapi, betul, kenyataan, realiti. netball pun ape kurang nya. haha. hebat jugak. naib johan last year. *memang la cakap macam tu. aku netball player kut. 

fyi, sekolah aku nie cukup famous utk shooting filem. haha.

kalau ingat zaman sekolah nie, teringat la pulak pasal satu benda nie. actually malas nak cerita. kisah lama. tapi kan. lately, teringat la dekat someone nie. AF ( bukan nama sebenar ). mana tah die sekarang. sihat ke. ape die buat sekarang. rasa lama sangat dah tak contact. kalau orang tu contact, jual marah. konon benci gila. padahal, bila takde cari. berharap sangat dia contact. ni lah manusia. tak hargai langsung apa yang ade depan mata. tapi, perangai die pun macam setan jugak. tak tahu la nak cakap macam mana. tu jugak la yang suka sangat dulu. even, banyak kali sakit kan hati aku. harap die bahagia la dengan dunia. * emo pulak pagi2 nie. haha

tapi, tu semua kisah silam. sejarah lama weh. hidup nie memang ade suka duka, tragis, tangis. takde semua tu tak seronok la. tu bukan nama die kehidupan. perlu aku translate kan? tak perlu la. aku tahu korang semua cukup fasih untuk semua bende yang bernama kehidupan nie. kadang - kadang ade jugak fikir dunia nie tak adil. apa yang selalu diharapkan tak dapat, yang tak harap tu la datang. maybe ade hikmah nie semua. bak kata semua orang la kan.

hidup nie tak seri jugak kalau takde kawan2. nie kalau cakap memang paling panjang la. penat la nak tulis sorang2. maklum la kawan ramai. *konon hotsetap. cukup la korang tahu aku memang ade kawan2 yang cukup AWESOME seperti mana diri aku jugak. haha

nie kawan - kawan saya. korang ade kawan se - AWESOME dieorg?

kehidupan masih panjang alia. perjalanan jauh lagi. tu baru sikit je. yang depan nie, banyak lagi dugaan, cabaran yang menanti. memang susah nak kecapi kejayaan. kalau senang mesti semua dah berjaya.

terima kasih ibu, ayah, cikgu2 yang pernah ajar saya selama nie, kawan - kawan yang selalu ada waktu susah senang. thanks semua. iloveyousomuch. muah. saya tak akan lupa kamu semua.





AWESOME PLUS COMEL, NAY :)




hari tua

actually tak tahu nak tulis ape. tapi, saya sangat gedik untuk meng - update plus kebosanan yang tahap memuja nie. okay. stop it alia.


saya just nak wish HAPPY BIRTHDAY to my kawan sorang nie yang tersangat la gedik and perasan comel, FARAH DIANA. hari nie birthday kakak nie. saya sayang die. die baik. die suka tolong saya.
 ( tipu je tu semua. )

kakak farah, selamat hari tua la beb. semoga berjaya dalam hidup. panjang umur. and, bahagia la disamping abang2 sayang anda. hehe. loveyouuuuuuu <3




AWESOME PLUS COMEL, NAY :)

Monday 7 November 2011

apa itu korban?

rasanya belum lambat lagi nak ucapkan selamat hari raya korban to all muslims.
tapi, ape makna korban bg anak muda zaman sekarang?
*merujuk kepada sesiapa je la. malas nak cakap.

kalau nak bandingkan raya aidilfitri dgn raya korban, hari raya lagi meriah la.
kenapa jadi macam nie?
kalau nak raya aidilfitri, ramadhan baru start, semua pakat nak shopping sana -sini.
kalau yg dah kahwin tu mahu haru - pikuk. berebut nak balik kampung masing2. 
*so, kalau nak kahwin tu cari yang sama kampung. kalau boleh jiran sebelah. okay jugak tu.

kalau yang perempuan nie, tak cukup satu pasang. 
nak ikut berapa hari raya, 30 pasang la kalau boleh.. satu hari lain.
pening.pusing kepala begini.
kesian mak bapak. boleh jatuh miskin..
tapi, kalau raya korban, takde pulak macam tu. dgn lain kata, tak se- excited raya aidilfitri la..
aku pun tak faham la.

*menanti detik

*sekadar hiasan.


For me,macam biasa. every year kalau raya haji. pagi2 buta kena bangun.breakfast. menu biasa kalau raya, lemang, nasi impit, rendang etc.tak sah kalau tak ade. then, sembahyang. lepas tu, tunggu lembu2 nak sembelih. tu je. 


okay. itu bukan saya. sekian terima kasih.



adik - adik. please masuk rumah! nie bukan masa untuk main hujan.
 

p/s: jgn tgk gambar nie. bawah umur. too sexy. opsss.

shafiq, is, haziq, annisa, amier : ibu nak mandi hujan.
ibu2 : tak boleh.
shafiq, is, haziq, annisa, amier : *dah mandi dah pun.
ibu2 : ermmmm. mandi je la..

sabar je la ibu2.






awesome plus comel, NAY :)



Tuesday 18 October 2011

Hemah ke?

HEMAH.Yg pasti hemah bukan nama makcik aku atau pun korang mahupun jiran belakang aku atau pun cikgu aku dan bukan juga nama mak aku.kutuk mak aku tampaq kau sampai jordan.
DAN sekali lagi entri ni berkaitan dgn manusiamanusia yang mcm korang sbb dok pikiaq dia baguih sgt boleh
bawak kereta dkt jalan fatherinlaw dia punya.ehh marah ngat aihh.
AMBOI,tu dia Farah Diana dok cakap utara pekat ngat nuhhh.WELL,UTARA celup ofkossss.

"eh cik Farah suka hati lah nak bawa kereta mcm mana pun bukan bapak yu yang bayar downpayment kereta ai pungg"
MEME lahh bapak ai tak byr downpayment kereta perari yu ni hah yang bapak ai bayar downpayment
kereta ai.nak gaduh di siang hari tunggu malam ahh sbb ni lah kalau marah aku merepek bertujuan tak nak mencarut  kalau mencarut lagi panjang lebar.ihetchuihetchu igt ada kereta perari dgn blekbewi boleh langgar
mcm kitaorg ni kone merah tu kee.gedik ngat aihh.
"Eh ang ni dok hingaqhingaq ang dok bawak kereta pa?"
Mini cooper S je pung.
"Tudiaaa dok berangan sakan noh ang parahh.baru belajaq sekerat jalan kerja pung kerani akaun sekerat masa dok hingaq mcm pakai BMW,JAGUAR nuhhh."
Eh dialogdialog manusia yang berwarna merah ni kau tu ddk dalam blog aku dah lah merahh,menyakitkan hati pulak tu satgi aku lempaq ang kat luaq baru tauu.PERLI aku ckp kedah lettuuwww.
SATGI dgn angang dgn kaler merahmerah darah ang tu aku campak luaq.amboi pandai perli
tuan dah ni.ehh sembah balik sembah balik.
"Jeles letuwwww.kitaorg merah comel,ang hitammmmmmm gelap.kbai"
Dasar dialog kota raya murahan!pui main kaler kulit pulak.eleh ngat ang merah ang boleh buat cantu ahh.
KALAU ang hensem hot menyiurkan mcm mat lutfhi my hunibunistrwabewi ni takpa lahh
omeyomey kann mcm sharukan!


DAN  YE,YA,YES,BETUL manusia ni suka sangat ikut kepala dorang yg bulat paling comel di hatiku tu,
sampai bawa kereta pun nak ikut kepala dorang yg kiot tuu -.-


WAHAI abong,kakok,adok dan mokcikmokcik lain kali bawa kereta ikut jalan yang betul mcm dkt jalan raya.jgn hang pa semua dok ikut jalan kepala bapakzz korang jaa.
KAYBOI.

Dialogdialog merah korang ada ke gambar mcm ni.pui.
Paling gedik dan comey,FD c:

Friday 14 October 2011

KULI

HELLO!
YES aku cakap kalau dah cuti sem/panjang duit selup saku mmg keluar habuk debu bagai.ALAHAI duit ptptptptptpptn wa tak pakai lahhh tu buat belajar naa(padahal dah songlap guna buat gi shopping dkt TS).
Jadi Persamaan equasi nya
(contoh mcm mana muka korang sekarang)

"CUTI=TAK ADA DUIT=KERJA=SHOPPING=LIFE"
Persamaan ini hanya akan berguna kepada 
NON:
-Anak datuk(bukan datuk kat kampung datuk korang tu TAPI yg mcm datuk SITI tu atau DATUK K?) 
-Anak Tan Sri
-Anak kepada makbapak korang yg korang rasa dah cukup kaya utk sara korang,
-Anak kepada "mak nak duit etit nak keluaq" terus hulur.
-Anak kepada "makbapak aku sayang aku.SO WHAT?"
-Anak kepada makbapak dorang mmg kerja utk bagi istimewa utk anak dorang berjoli.
TAPI yang pasti AKU ANAK KEPADA MAK BAPAK AKU LAH BUKAN MAK BAPAK KORANG kalau tak kiteww adik beradik dahhhh lewwwww.
Aku kerja untuk sara aku yang aku rasa mak bapak aku tak dapat nak sara anak dorang yg comel ni sbb dah tak tersara dgn kecomelan aku.pahal bak datang nak gaduh sini.LAGIPUN aku rajin tak mcm korang weheeeeeee.

"ELEHHH SEBULAN JE PUN NAK KERJA"-PEOPLE (terkena tak?)

Aku kerja pasal aku nak cari pengalaman(ni tipu ni nawaitu nak cari duit yg byk) dan aku tau nanti aku akan stuck dgn mslh duit sbb aku bukan anak DATUK A/B/C/D/E/F/G/H/I/J/K/L/M--- bukan mcm korang kaya belana ada porche,ferarri merah depan garaj seeee siap ada garaj tuu aku elehh mini cooper JE PUN.tehell.
AND yes nawaitu cari duit tapi duit halal lah duhhh kerat lidah korang kang ckp aku kerja "haram letuwwwww".Kerja sebagai kerani akaun sahaja berdekatan dgn rumah lagipun tu tmpt kerja lama so tak menjadi masalah lahh lagipun SUKA HATI LAHHH.tehell.
ALASAN LAIN,aku lepak rumah sampai mmg ni bukan nak ckp over ke apa lahh tapi ni based on the true story lah kan,MIGRAIN.tehell.lantak lahh korang nak percaya ke apa tapi kenyataan ni bukan auta beb ni fakta ni non-fiction I tell you bukan fairy tale.OKAY cuba lah stay up sampai pagi tak tidur main game/movies and all that setiap hari DAN BAMMMMM MIGRAIN on the spot bawak kereta huyunghayang mcm aku left or right pun tak tau dah.
BIASA lah,budak UiTM balik rumah dah kata cuti sem mmg cuti lahh lagilagi first time cuti sem kan mmg aku ckp hbs kan masa yg terluang lahh DAN YE AKU TAK BOLEH DIBUAT ISTERI LAGI OK.aku tau -.- tau sgt -.- tau sgtsgtsgtsgtsgstsgstgsts.
Lagipun aku nak mak aku carikan,korang ada ke?bukan laku tak laku lah cerita dia,tu belakang lah cerita.
okay terkeluar landasan.
DAN YE kerja sgt memenatkan tapi bagi aku kalau dah biasa nanti okay 

Daripada aku duduk rumah menghabiskan beras kat rumah lebih baik aku habiskan lauk gerai bawah ofis (V)

Paling gedik dan comey,FD c:


Tuesday 11 October 2011

Gadis UITM.

HELLO!
Yes kitaorg dah start cuti sem muahah.korang ada bdkbdk swasta haha racist.ANYWAY,dah lama dah tak update blog ni yg update pun si NAY sbb dia rajin cerita(byk mulut) dan saya ni lemahlembutcomel org nya so tak update lah blog sgt.OKAY,haritu along ada cerita pasal silam dia di UITM.konon dia dulu femes.femes dgn kacau awek dkt cafe,perang mercun dlm kolej etc etc yelahh mana tak femes kann.perangai mcm hantu.OH dia cerita yg dulu dorang kelas kan gadisgadis di UITM ni tapi paling dia igt pasal
GADIS JARAK JAUH?
(Sekadar hiasan.pahal nak gaduh ke aku letak gambar ni.sini ahh)

mmg waktu along cerita aku gelak tak igt dunia.GADIS mcm ni di kategorikan sbg kalau jauh nampak pergh mmg tgk sekali nak tgk lagi lah TAPI kalau dekat euwww jerawat batu all over her face.mmg along ni perangai keji sikit even dah kahwin pun tak boleh sembunyi lagi keji dia.LEPAS tu dia cerita yg geng dia kalau time dinner  paling best lah,
"woi awek cun awek cun"*tgk dari jauh smbil jalan ke arah gadis itu
"pusing balik pusing balik.mmg JARAK JAUH lah duh"
SEE keji tak keji dorang ni,tulahh MAMAT UITM mmg paling keji lah kalau nak kelaskan dorang smpai tak
terkelas lah rasanya.
ADIOS.


Paling gedik dan comey,FD c:

Sunday 9 October 2011

i'm sorry


I'm Sorry

I Didn't Mean To Break Your Heart


* hiasan semata - mata. takde kena - mengena dengan hidup dan mati


AWESOME PLUS COMEL, NAY :)


Friday 7 October 2011

CERITA KOSONG

KPOP? doiiiii. siapa je yang tak kenal kan? group macam 2PM, 2AM ( adik - beradik 2pm ), INFINITE, MBLAQ, BEAST, GD & TOP, BIGBANG, FT ISLAND, CN BLUE, SS501. cukup la setakat tu, kalau nak ikut kan aku maybe sampai esok la tak kehabisan aku nak list kan.

sekarang nie pun DEMAM KPOP nie still berleluasa dan semakin berleluasa. tak kira la budak-budak ke, mak budak ke, bapak budak ke semua nya terkena tempias virus KPOP nie.

bukan tujuan mengagungkan mereka - mereka nie. tapi, seriously aku tak tipu. sape dengar, tengok vidoe lagu korea nie mesti sangkut la. tak dengan yang nie, mesti dengan yang nie.

aku  nie pun bukan la yang obses sangat dengan KPOP. ermmm. iye ke?? okay.. biarkan je persoalan tu. tapi, setakat nak tukar angin ape salah nya kan? sekali - sekala ubah angin.

tapi, yang aku mula tak faham. group - group macam nie dah mula ade dekat MALAYSIA. tumbuh bak cendawan lagi. or dalam erti kata lain MPOP.

MAAF! 
BUKAN KES NAK MENG - ANAK TIRI KAN INDUSTRI HIBURAN TANAH AIR. DAN MEMARTABATKAN MEREKA - MEREKA TU. tapi, ape yang KPOP dengan MPOP buat memang seriously macam langit dengan bumi. video macam ape je. yg member group pulak acah2 jambu.obviously, tu memang meniru KPOP yang sememangnya sinonim dengan kejambuan mereka.

seriously, takde niat ape pun. just nak share pendapat  je. btw, tahniah la korang yg tgh or memang dah berjinak - jinak dengan MPOP. teruskan lah. saya tak halang pun.

nie one of my favourite video. I'M YOUR MAN by 2PM
http://www.youtube.com/watch?v=jGlJia9H9d8




MY NICHKHUN
         * comel kan? kau ade? die aku punya. no kongsi -kongsi



AWESOME PLUS COMEL = NAY :)

DUGAAN

pejam celik pejam celik habis dah satu sem. puiiii.
dulu time nak masuk rasa lama nya. TIGA BULAN KOT..  SUMPAH! rasa macam taknak pergi je. tapi, DEMI CINTA.. opsssssssssssss silap. CITA - CITA. aku gagahkan jugak * poyo je cakap..

 tapi, bukan tu aku / saya nak cakap. pasal kisah silam yang memang takde sape nak ambik peduli. okay fine! aku sedar sape aku. NAY EQUAL TO AWESOME. *cukup menggambarkan aku. tak nak la menunjuk sangat.

berbalik kepada tujuan utama meng - UPDATE BELOGG nie. aku nak share pasal SI PAKCIK TEKSI F( bukan nama sebenar ). janji nak ambik dekat dahlia pukul 6 sebab train pun pukul 7 baru sampai. so, sempat je la nak pergi ktm arau tu. UITM ARAU dengan KTM takde la jauh mana. boleh je la kalau nak berjalan kaki.  *okay tu tipu je.

6.15 PM : SI PAKCIK TEKSI F still tak datang. FD call. Die marah - marah je cakap. Takpe tunggu. awal lagi. sabar sabar

6.30 PM : ohmaigoddddddddddd. PAKCIK tak datang lagi. aku dah gelabah ayam. FD call lagi. PAKCIK F off phone. perghhhhhhhhhhhh. memang terbaik la. call teksi lain. dekat airport la, kuala perlis la, baru sampai rumah la.

then, decide jalan kaki nak keluar pagar uitm. maybe situ banyak teksi. jalan punya jalan. mulut dah maki hamun PAKCIK F. ( bukan niat nak kurang ajar. tapi, sory la PAKCIK F. takde respect untuk dirimu lagi. I HATE YOU SO MUCH ). dalam hati pulak ingat KOTA DAMN TERCINTA. otak fikir sempat ke tak ni. barang lagi,banyak. tak termampu hamba nak bawak. tension habis la. 

tengok jam. ohmaigodd FD!!! lagi LIMA minit nak pukul 7. *saja aku bold kan. memang tak sempat nak jalan sampai pintu depan. selalu pun ambil masa 10 - 15 minit. okay! aku give up. 

FD : dont alia dont. you can do it. sempat lagi nie. WTF la. memang takk la aku percaya cakap kau. tipu semata -mata. PROPANGANDA kau je tu.  sorry

aku nak balik KD. aku nak balik. tak kira macam mana. kalau aku cakap aku nak balik aku nak balik. saja aku tak cerita di sebalik kisah sebenar. actually, aku dah nangis2 dah waktu tu. HAHAHA. bodoh sungguh.. 

then, cakap dekat FD. aku nak tahan kereta. mintak tolong suruh hantar dekat ktm. kebetulan satu myvi hitam lalu masuk kolej cengal ( kolej lelaki ). okay.. peluang sampai. tak fikir ape dah la waktu tu. kurang waras. aku masuk kolej cengal mitak tolong  " ABANG "  tu hantar kan. maybe, sebab tengok muka aku kesian sangat.. die pun setuju nak hantar. haha.

mood berubah sekelip mata.. SUKA dan GEMNBIRA. plus EXCITED boleh balik rumah.. hahaha.

you're MY SUPERHERO la ABANGSSSSSSS. I LOVE YOU.

kebetulan dan memang kebetulan. " ABANG " MYVI sekampung. orang KD jugak. hilang malu sikit.. hahaha. and andddddd abang tu BFF MR. ALI. ( teacher add math saya )..

SUBUH YANG HENING. AKU DAPAT JUGAK CIUM TANAH KD NIE. hehehe. THANKS BLACK MYVI'S GUYS.




 muka EXCITED nak balik. hahaha. *still menanti SI PAKCIK TEKSI F

AWESOME PLUS COMEL, NAY :)





Sunday 25 September 2011

1810

HELLO!
Harini cuaca gila sejuk tapi badan aku maintain HOT as always tapi mmg gila malas nak bergerak pergi manamana even pagi ni buat koleksi tahi mata sampai pukul 11(aku tau aku tak layak kahwin lagi walaupun  comel gila) tapi still aku rasa nak keluar sbb aku bosan sampai dgn adam pun aku buat dia jadi superman.aku tau bila aku bosan aku suka buat benda yg comel sikit.ADAM?siapa adam?gila lah perempuan ni main petik je nama igt org kenal lah dia femes sgt lah tu.MMG lah korang tak kenai dia sapa.meh aku tunjuk nanti korang tergoda punya auw auw taraaaaa.
*eh jap slh uploadd haha tapi seirasiras dah ni dekat nak sama dah
^seeeeeeeee
(mcm pembunuh bersiri dah tgk minah belakang tu)
tomeytomey kannn mcm maksu diaaa,atototo so tiutttt.AKU tau korang mesti ckp pedehaaaal lah igt org tak nampak ke yg belakang tu dah lah mcm gemuk tapi comel je slmt budak tu lagi comel.HAHA benda merah tu saja je sbb aku tak nak korang tgk kecomelan aku nanti kalah lah budak atototomeinya ni,adam.Mesti first impression korang tgk gambar ni KENAPA BUDAK TU ADA TELINGA CAP***?haha ini akibat sebab ayah budak ni(along) suka kutuk,gelak,ejek angah aku yg ada telinga CAP***.JAP telinga aku tak cap*** okayy.serious ni.ok faineee suka hati korang nanti anak korang pun kena curse mcm atototomeinya adam ni haha.SEBENARNYA,aku nak cerita lain tu lahh korang lain kali kalau aku sebut nama yg korang tak kenal aku tak nak tunjuk biar korang cari sendiri sbb korang stalker terhebat tapi aku lagi hebat sbb aku comel dari korang haha.OH sbnrnya aku keluar dgn NAY haritu.Aku tau ni cerita haritu tapi suka hati lah nak cerita ke takkkkkk.DI sbbkan bosan yg mcm mana aku ceritakan tadi,aku cadang nak pergi TUTTI FRUTTI.korang tau ke apa tu?haha mls nak terang aku tunjuk gmbr je ehh.ps:bukan gambar aku sbb aku pasti bukan aku yg tangkap.
^seeeeeeeeeeeee
SGT teramat sedap sbb korang rasa lah sendiri then after that kitaorg pergi tution SINARAN heh kitaorg bukan budak sekolah-pakai-baju-kurung-putih-kain-biru yeee,ni tution kitaorg dulu second house bg kitaorg haha sbb suka hati lah kot.Lepas tu jumpa cikgus yg lama,kalau dah jumpa tu mmg tak igt dunia lahh mmg gelak pun dah mcm setan lahhh jerit pun dah mcm syaitan dah.SO mmg rindu sgt sbb dah dkt stgh tahun jugak lah tak jumpa yelaa masingmasing busy dgn kitaorg yg baru masuk Uitm sblm masuk uitm semua sibuk kerjaa(alasan lebih) so aku ni bukan dikategorikan sbg manusia kacang lupakan kulit lagi lah bukan mcm korang teruk haha<--okay ni lawak je.no heart feelings Yela zaman dah berubah semua benda lawak jadi serious dan semua benda serious jadi lawak heh.

ANYWAY,1810 tu sbb aku keluar rumah nak pergi ambil NAY pukul 6.10 ptg.Janji pukul 6 haha.
Bukan FD lahh dtg awal :P

Paling gedik dan comey,FD c:

Tuesday 20 September 2011

Lama tapi baru?

HELLO!
Takpayah nak fomelfomel sgt lah kan.cukup untuk ckp hibye lah kan.
Anggap je korang faham tadi aa.OK berdsrkan profil apakejadahtah ada 2 org yg akan take control account ni sbb kitaorg rasa mcm comel-boleh-minta-penyepak-punya-gerenti-tak-tahan lah kan 
Kitaorg dgn OFFICIAL nya buat blog ni sekadar nak share apa yg telah berlaku based on apa yang berada di sekeliling kitaorg lah kot.Actually kan suka hati kitaorg lah kan nak buat apa pun sbb ni bukan blog korang.obviusli.
PENA DAN KERTAS,takdelah poyo sgt mcm PENUKUL DAN PAKU?BAG DAN BUKU?PEMADAM DAN LIQIUD?Persetankan itu semua hanyalah karut sematamata malah tak secomel-omaigawwddd-gila-nak-terjunam-bukit mcm PENA DAN KERTAS kan?Obviusli.Oh sbb apa Penapenakertas.blogspot.com kitaorg letak bukan penadankertas.blogspot.com sbb DAH SUKAHATI OMAK KITAORG LAHH.obviusli.okay jawapan tak bertamadun-aku-tampor-omak-kau-kangg HAHA(jgn gelak -.-).OK sbb lahaiii mesti lahh yg tu dah ada nama tu kalau letak dkt dlm kotak putih tu nanti keluar not available pekejadah.JAP aku tau korang tak faham meh aku tunjuk supaya korang TAK bersedekah pahala dkt aku dan kutuk aku tuitui kan.
^^^^^seeeeeeeeeeeeeeeee 
tapi obviusli lah bai yg atas tu bukan nama blog ni aku tampaq-sat-gi-sampai-kepala-hang-terputaq kang baru tau (V) apa igt aku tak berani kaaa?
OH ya korang mesti mcm "pedehal lah minah ni gelar kitaorgkitaorg,igt kau femes-over da top-vavas la vida loka ke."OK FOIINEEEEE.Kitaorg baru opss saya,FD(efdee) dan sorang lagi NAY(Nay?haha).Kitaorg maybe akan membiasakan diri dgn gelaran seperti ini kot mcm The other Khairul,Mr K<---(peromot ni weh),But still basicly semua blogger akan buat mcm tu KONON lah kan dorang tu tak nak dikenali BUT WELL mcm kitaorg ni dah dikenali tapi cuma tak terkenal je kot.

BUAH BETIK BUAH CEMPEDAK
KAMI BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH KORANG DIAM JELAH KOT
SBB SUKAHATI OMAK I LAH NAK CAKAP APA PUNNN
(V)

Paling gedik dan comey,FD c: