Tuesday 22 November 2011

pengabdian kembali.

dari hidup tak tentu hala sebulan lebih. jalan sana. jalan sini. perabis duit mak bapak. jadi BIG BOSS dekat rumah. asal nak keluar mintak duit. tapi, kerja rumah sikit pun tak nak buat.

kini, kembali ke penjaraaaaaaaaaaa arau. korang kenal tak tempat nie? gila sape tau tahu. cukup famous. nama glamour. ARAUSTRALIA. nak cakap malas. tapi, tak cakap nnt tak tahu.

kalau cakap pasal arau nie, mesti igt padang besar. rasa nye tempat tu cukup terkenal. lagi2 mak2 kita nie. asal pergi, toto, periuk, kuali mesti nak angkut bawak KL. macam KL takde barang tu semua. konon bagus la. aku pun tak faham la.

tempat nie nak membangun bila pun tak tahu la. ape pun takde. even MCD pun takde. sedih gila. terpaksa la merantau jauh sikit nak makan MCD. wayang? jangan cakap la.alor star baru ade. tu pun train pukul 10. balik pukul 5. so, kena la menghargai masa anda secepat mungkin. kalau terlepas selamat la nak bas. haha. rasa nye dekat sini paling best la, c-mart arau je la. tak pun kangar. ( the Store ).

okay stop cakap pasal arau!

dengan ini, saya kembali menjadi siswi lagi. penat gila minggu nie. nak meng-update tak ter-update. busy je memanjang. buat ape tak tahu. banyak yang nak cerita, tapi, tak tahu nak start mana dulu.


1 ) KOLEJ
   
kolej gila sunyi, scary sangat. dah la balik sorang2. actually dengan gay - gay saya. tp, dieorang daftar kolej dieorang. sampai2 kemas sikit2. then, tidur. maklum la perjalanan sungai buloh - arau cukup lama. cukup memenatkan. walaupun dalam train tidur dah. then, magrib aku ternampak ade sorang perempuan nie. macam biasa senyum je la. aku nie pemalu nak tegur2. haha. *tipu
tibe2 ade org ketuk pintu. then, bukak je la. cuba teka sape datang? .......................that girl laaaaaaa. die tanya dah masuk waktu magrib ke belum. then, nnt kalau takut boleh tak tumpang sini. (my room). 
errrrmmmmmm. okayyyy. takut. malam tidur situ. pukul brape tak tahu die balik. tak sedar. jangan cakap ape2. die comfirm orang. 


# ohhh. nama die SARA.

2 ) GELANGGANG OH GELANGGANG
     
tempat perjumpaan KO ialah gelanggang bola jaring.
penat aku tanya siapa masuk netball. so, takde la takut sangat. tapi, hampehh! sorang budak AC takde pun. menyedihkan. then terpaksa la ikhtiar cari sendiri tempat KO tu dekat mana. tanya senior, tanye orang nie. semua tak bg jawapan. tanya group dekat FB ( facebook kalau tak tahu or muka buku dalam bahasa melayu ), like je. terbaik la. memang aku dapat tahu jawapan dengan like sahaja. terima kasih.
yang lagi menyedihkan seminggu aku cari mana gelanggang nie. kalau satu je takpe. nie dahlia pun ade. dekat padang kawad pun ade. ==
sabar je la. still tak give up lagi, then aku terus pergi pejabat KO tanye mana satu gelanggang untuk meeting netball. jawapan dieeeeeeeeeeeeeee.. GELANGGANG BOLA JARING BERINGIN. settle masalah

# kan lagi senang terus tulis awal2. takde la aku tertanye2.


rindu nak main bole jaring. fyi, dulu mmg perempuan je main. sekarang lelaki pun ade main kut. so, jangan tak percaya la.   




3 ) PREMA'S FAMILY
     
class start. huru - hara sikit awal2 nie. class belajar pun tak tentu.nak cari class dekat mana. nak tahu siapa lecturer. buku -buku nak beli. open day lagi. meeting tu, meeting nie. kalah PM. busy je.  tapi, lagi huru - hara jiwa raga kalau jumpa PREMA - PREMA aku nie. maklum la, lama tak jumpa. cuti sebulan lebih. *actually boleh je nak jumpa time cuti tu. rindu sangat la korang..

# kenape PREMA? takde kena - mengena dgn hidup dan mati. so, renung2 kan la. fikir ape bende tu.

ini la PREMA - PREMA saya. ( PREMA NADYA, PREMA IZZATI, PREMA SYERA )
sayang korang girlfriendss.




4 ) MINI MERAH MINI BIRU
   
actually takde ape pun. tapi, aku sangat suka kereta nie. comel. lagi comel bila aku yang bawak. haha
aku dah jatuh cinta dengan kereta niee. kalau tuan die pun okay jugak. haha. *alia cukup jangan gatal.
lately, kereta tu takde. sopsopsop :( nangis jap.
maybe memang tu kereta senior. so, dah habis belajar la kut.
sooooooooooo, takde lagi la mystery man aku.

# aku pernah nampak die. handsome. ala - ala korean style la. haha. and, pernah terkantoi usha kereta die. malu kejap.


nie bukan kereta mystery man. sekadar hiasan.

kalau macam nie la mystery man, tak cair hati aku.


5 ) SILAM 
   
silam la sangat. haha. igt tak tragedi before nak balik cuti? gila memalukan. 
asal jalan depan kolej cengal mesti gelak2 dengan farah. sangat tak boleh lupa tragedi tu. malu pun ade jugak. macam mane la boleh terfikir nak buat benda tu. dah la ramai orang. cerita nie dah la heboh. memalukan alia..

# thanks sebab tolong myvi hitam. tak lupa jasa baik anda.




sayamahupulangrumahsekarang. pleasehelpmeeeee! sayataknakduduksini.





haaaa. lupa nak bagitahu. memandangkan ini minggu pertama plus cuti awal muharam, kita orang keluar tengok wayang. and, tibe2 terasa rindu nak makan MCD dekat ALOR STAR. 

pagi - pagi lagi, abang luqman dah kejut kan. pergi2 cinema, terkejut gila. ade dua hall sahaja. ermm. okay takpe la. then, lagi sekali. terkejut. nasib baik takde sakit jantung. kalau tak, ICU la alamatnye. movie hari nie : AKU BUKAN TOMBOY dgn MISTERI JALAN LAMA.
sedih. susah gila nak decide nak tgk ape. kalau ikut tak nak tgk la, sebab movie macam tak best. tapi, sebab dieorang nak tengok. so, join je la. dieorg decide tgk cerita MISTERI JALAN LAMA.

bukan nak complain and bukan tujuan nak banding kan tempat lain dengan cinema alor star. tapi, seriously cukup menyedihkan. seat tak best. then, boleh pulak time tgh tgk dah sampai klimaks, mati. lama nak tunggu. tak sangka wayang pun ade break. haha. plus pulak cerita tu. epic gila. ade kapal bagai yang jemput. macam spongebob dah aku tgk kapal tu. haha. tak tahu nak gambarkan macam mane perasaan aku. gembira, suka, kelakar, sedih. semua ade. bercampur. korang tgk la sendiri. baru best. taknak la cerita lebih2. nnt tak syok pulak orang nak tgk.


seronok jugak kalau dapat tgk malam2 nie. takde la bosan sangat.

cerita epic gila. poster lawa dah. try la tengok eh kawan - kawan. 5 stars i bagi. haha.







tak lupa untuk semua muslim, SALAM AWAL MUHARAM. moga - moga tahun ini lebih baik dari tahun berikutnya. 







NAY AWESOME comel :)

















1 comment:

hadzrinaqmal said...

baru kau tahu alor star punya wayg cmne haha.
baik pergi jitra je ada 4 hall lagi wakaka. :) oh rindu kau.aku pun nak balik.